INDUSTRI LUMAYAN SARANG BURUNG WALET.

Ramai org mengenali burung Layang-layang tetapi apabila disebut walit atau walet,hanya segelintir sahaja yang tahu mengenainya,itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung.

Di setengah tempat,ia lebih dikenali sebagai burung layang-layang tetapi jika dibuat perbandingan,terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua spesies tersebut.

Apa pun ,nilai burung ini bukan teletak kepada bulu,paruh atau pada mana-mana bahagian tubuhnya.

Pencinta burung sekali pun tidak mungkin tertarik kepadanya semata-mata kerana bunyi yang dikeluarkan,sebaliknya sarang burung ini umpama emas yang diburu oleh manusia.Nilai sarang burung mencecah ribuan ringgit sekilogram kerana khasiatnya yang sudah diketahui ramai.

Harga sarang burung mentah boleh mencecah antara RM 4000 hingga RM 6000 ribu ringgit sekilogram,manakala yang telah diproses atau dibersihkan boleh mencapai antara RM 10,000 hingga RM 12,000 sekilogram.

Di Malaysia ramai yang berminat dalam Industri ini,kerana ia mempunyai nilai yang begitu lumayan.

Hanya terdapat beberapa negara sahaja yang mempunyai spesies burung layang-layang ini.Di rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia,Indonnesia,Thailand,Filipina dan singapura yang menjadi tumpuan pergerakan burung ini.



Photobucket

SARANG BURUNG YANG TELAH DI PROSES.

Photobucket

SARANG BURUNG YANG TELAH DI PROSES MEMPUNYAI NILAI LUMAYAN...

Photobucket

GAMBAR BURUNG WALET RUMAH..

0 comments:

Post a Comment